UPSR

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI KEPADA PN SALMAH BT ABU BAKAR, GURU BESAR SK SG SALLEH, AKAN BERANGKAT KE TANAH SUCI PADA 5 OKTOBER 2012 DAN AKAN KEMBALI KE TANAH AIR PADA DISEMBER 2012, SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR BELIAU SERTA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG BELIAU DI TANAH SUCI MEKAH,DOA DARIPADA WARGA SK SUNGAI SALLEH SEMOGA CIKGU MENUNAIKAN IBADAH HAJI SERTA BEROLEH HAJI MABRUR, Amin Ya Rabbal Alamin,

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh mula dibina pada tahun 1949. Dulunya ia dikenali sebagai SK Batu Lintang Estet. Ini adalah kerana ia terletak didalam ladang Batu Lintang.
Sehingga tahun 1966 sekolah ini hanya mengambil murid sehingga darjah 4 sahaja. Selepas darjah empat semua pelajar akan menyambung pelajaran mereka di Sekolah Kebangsaan Melayu Serdang.

Pada tahun 1967, Lembaga pengurus sekolah telah mengambil inisiatif untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bangunan baru. Mengikut surat rayuannya P.P.K. 02249(76), permohonan itu telah di terima pada November 1967. Pembinaanya bermula dalam Rancangan Malaysia pertama 1966-1970.

Bangunan sekolah baru dibina diatas tanah seluas 3.5 ekar. Terletak di tebing Sungai Salleh, satu km dari tempat tapak sekolah asal. Pembinaanya siap dan mula digunakan pada 25 Ogos 1968. Bangunan utamanya mengandungi 4 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah kantin.

Pada Ogos 1974, Sekolah Rendah Batu Lintang Estet digantikan dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SALLEH. Oleh kerana pelajar semakin bertambah, Lembaga Pengurus sekolah dan orang kampung telah bergotong-royong membina bangunan tambahan seluas 30 x 20 kaki.
Pada tahun 1982, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung kemasukan pelajar yang semakin meningkat. Bangunan itu mengandungi bilik pejabat, 4 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, tandas dan sebuah setor.

Pada tahun 2003 sebuah bangunan 4 tingkat siap dibina. Bangunan ini mengandungi segala kemudahan asas yang terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aaa

mm

Bintang warna merah

LOGO SK SG SALLEH

fb